Friday, August 27, 2010

GOLONGAN YANG BIASA MENGGUNAKAN BAHASA ROJAK

Ingin ditekankan di sini, isu bahasa rojak ini banyak dialami oleh golongan remaja khususnya. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Golongan ini sering mengggunakan menggunakan bahasa rojak ketika mereka berbual bersama rakan dan keluarga.

Contoh penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja:
• “I pergi shopping la hari ni..”
• “Boring betul lah kuliah tadi tu,”
• “Aku tension betul dengan dia hari ni,”


Selain itu,masalah ini turut terjadi kepada golongan remaja dari kaum yang lain seperti remaja Cina. Rata-rata remaja Cina masih tidak boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik walaupun bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan negara ini.


“Satu contoh, belia dan remaja Cina rata-rata tidak boleh berbahasa Melayu sepenuhnya dengan baik sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Buktinya,terdapat jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara mendapati tidak semua namun sebilangan kecil pelajar berusia 18 tahun tidak boleh berbahasa Melayu dengan sempurna langsung,”-Felo Penyelidikan Utama,Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Profesor Dr Teo Kok Seong.


Namun masalah yang sama turut dialami oleh golongan dewasa,khususnya ibu bapa. Perbualan bersama anak-anak di rumah dan bersama rakan di tempat kerja juga turut diselitkan dengan penggunaan bahasa rojak. Contohnya:

• “Tak masuk office ke?”
• “Ayah busy sikit,tak boleh jemput kamu,”

Penggunaan bahasa rojak semakin menjadi isu yang hangat di negara ini. Diharapkan pelbagai pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah bahasa yang kurang sihat ini.