Saturday, August 28, 2010

SENARIO BAHASA ROJAK



"Kau memang terror (hebat) la!"
"Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!"

Pernahkah anda menggunakan bahasa seperti yang tertera di atas? Tidak? Anda pasti?

Namun, setiap orang pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di Facebook dan Twitter. Bukan itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini sudah digunakan secara meluas. Mungkinkah anak-anak generasi yang akan datang menggunakan bahasa rojak ini dalam penulisan karangan bahasa Malaysia mereka? Adakah ini merupakan suatu pencemaran bahasa?

Fikirkanlah.