Saturday, August 28, 2010
SENARIO BAHASA ROJAK
"Kau memang terror (hebat) la!"
"Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!"
Pernahkah anda menggunakan bahasa seperti yang tertera di atas? Tidak? Anda pasti?
Namun, setiap orang pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di Facebook dan Twitter. Bukan itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini sudah digunakan secara meluas. Mungkinkah anak-anak generasi yang akan datang menggunakan bahasa rojak ini dalam penulisan karangan bahasa Malaysia mereka? Adakah ini merupakan suatu pencemaran bahasa?
Fikirkanlah.
Friday, August 27, 2010
KAEDAH MENGATASI BAHASA ROJAK
1)Pendidikan
semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan.
Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan.
2)Penguatkuasaan pihak berwajib
pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis.
3)Dewan bahasa dan pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.
Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.
Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.
4)Bidang penyiaran
Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP juga telah menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah.
KONSEP BAHASA ROJAK
Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini digunakan mengikut trend pada sesuatu masa.Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. . Bentuk bahasa ini juga digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure.
SEJARAH BAHASA ROJAK
Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa rojak mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Kewujudan bahasa rojak telah dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini kerana, satu entrepot antarabangsa telah ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Penubuhan pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur melebihi 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Mengikut ensiklopedia Malaysia, ia merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung. Di Malaysia, pijin bahasa ini dikenali sebagai bahasa rojak .Semasa pemerintahan Parameswara, apabila dua kumpulan pedagang yang berlainan bahasa dan bangsa berinteraksi, mereka akan cuba bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam memahami antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan wujudnya campuran bahasa dalam pertuturan. Maka, wujudlah bahasa rojak
ISU-ISU BAHASA ROJAK
Bahasa rojak sejak akhir ini menjadi su yang sangat hangat kerana bahasa rojak telah di gunakan secara meluas terutamanya di kalangan remaja bandar.Situasi ini amat membimbangkan golongan dewasa kerana ia boleh menjejaskan penggunaan bahasa melayu yang betul.Baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penggunaan bahasa melayu yang betul terutama sekali dalam sektor swasta dan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak dalam sektor tersebut.Contohnya TV3 telah menukarkan nama KARNIVAL SURE HEBOH menjadi KARNIVAL JOM HEBOH.disebabkan oleh kebimbangan orang ramai tentang penggunaanya.
1)Bahasa melayu +bahasa Inggeris
-kau memang terror(hebat) la!
-tempat makan ni best(bagus)sangat!
2)Bahasa melayu+bahasa cina
-nak makan sini ke nak tapau(bungkus)?
-apasal(kenapa)lu buat kerja ini cincai(tak sempurna)?
3)Bahasa cina+bahasa Inggeris
-can meh?that one can like that meh?(boleh berbuat begitukah?)
4)Bahasa melayu+bahasa cina+bahasa Inggeris
-eh boss,after makan ah,we'all go mabuk,want or not,on in a while only mah,taikah happy mah,ok.(pengurus,selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai,mahukah?sekali-sekala sahaja untuk bergembira.)
1)Bahasa melayu +bahasa Inggeris
-kau memang terror(hebat) la!
-tempat makan ni best(bagus)sangat!
2)Bahasa melayu+bahasa cina
-nak makan sini ke nak tapau(bungkus)?
-apasal(kenapa)lu buat kerja ini cincai(tak sempurna)?
3)Bahasa cina+bahasa Inggeris
-can meh?that one can like that meh?(boleh berbuat begitukah?)
4)Bahasa melayu+bahasa cina+bahasa Inggeris
-eh boss,after makan ah,we'all go mabuk,want or not,on in a while only mah,taikah happy mah,ok.(pengurus,selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai,mahukah?sekali-sekala sahaja untuk bergembira.)
PUNCA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
- Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman.
- Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.
- Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.
- Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini.
- Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
- Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran
GOLONGAN YANG BIASA MENGGUNAKAN BAHASA ROJAK
Ingin ditekankan di sini, isu bahasa rojak ini banyak dialami oleh golongan remaja khususnya. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Golongan ini sering mengggunakan menggunakan bahasa rojak ketika mereka berbual bersama rakan dan keluarga.
Contoh penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja:
• “I pergi shopping la hari ni..”
• “Boring betul lah kuliah tadi tu,”
• “Aku tension betul dengan dia hari ni,”
Selain itu,masalah ini turut terjadi kepada golongan remaja dari kaum yang lain seperti remaja Cina. Rata-rata remaja Cina masih tidak boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik walaupun bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan negara ini.
“Satu contoh, belia dan remaja Cina rata-rata tidak boleh berbahasa Melayu sepenuhnya dengan baik sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Buktinya,terdapat jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara mendapati tidak semua namun sebilangan kecil pelajar berusia 18 tahun tidak boleh berbahasa Melayu dengan sempurna langsung,”-Felo Penyelidikan Utama,Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Profesor Dr Teo Kok Seong.
Namun masalah yang sama turut dialami oleh golongan dewasa,khususnya ibu bapa. Perbualan bersama anak-anak di rumah dan bersama rakan di tempat kerja juga turut diselitkan dengan penggunaan bahasa rojak. Contohnya:
Penggunaan bahasa rojak semakin menjadi isu yang hangat di negara ini. Diharapkan pelbagai pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah bahasa yang kurang sihat ini.
• “I pergi shopping la hari ni..”
• “Boring betul lah kuliah tadi tu,”
• “Aku tension betul dengan dia hari ni,”
Selain itu,masalah ini turut terjadi kepada golongan remaja dari kaum yang lain seperti remaja Cina. Rata-rata remaja Cina masih tidak boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik walaupun bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan negara ini.
“Satu contoh, belia dan remaja Cina rata-rata tidak boleh berbahasa Melayu sepenuhnya dengan baik sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Buktinya,terdapat jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara mendapati tidak semua namun sebilangan kecil pelajar berusia 18 tahun tidak boleh berbahasa Melayu dengan sempurna langsung,”-Felo Penyelidikan Utama,Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Profesor Dr Teo Kok Seong.
Namun masalah yang sama turut dialami oleh golongan dewasa,khususnya ibu bapa. Perbualan bersama anak-anak di rumah dan bersama rakan di tempat kerja juga turut diselitkan dengan penggunaan bahasa rojak. Contohnya:
• “Tak masuk office ke?”
• “Ayah busy sikit,tak boleh jemput kamu,”KEBAIKAN BAHASA ROJAK
- Penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya . Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita , penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya , masyarakat Cina dan masyarakat India , mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak yang dicampur dengan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu secara betul.
- Kebiasaannya, bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi.
- Sesuai digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu. Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.
- Penggunaan bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat bunyinya.
- Bahasa rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.
- Bahasa rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti.
KEBURUKAN BAHASA ROJAK
- negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik
- Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.
- Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.
- Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
- Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
- Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.
Wednesday, August 25, 2010
KESIMPULAN
Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".
Subscribe to:
Posts (Atom)